Wednesday, September 28, 2011

Minggu Yang Sibuk & Mencabar

Dah lama tak mengadap blog aku ni dan macam2 perkara yang berlaku... skang ni pun aku baru je balik sambut raya di IPD Tapah, penat rasanya... namun aku gagahkan jua untuk update kan sket blog ku ini dan aku akan masukan citer2 yang terbaru seperti...

KELAHIRAN ANAK KU YANG KE DUA..
KISAH SERAM DI PEJABAT KU
KES-KES YANG KU SIASAT
SIJIL PENGHARGAAN DAN PENGACARA MAJLIS LAGI..

apa yang pasti, citer ni bagi ku amat menarik lagi2 kisah seram dan sesiapa yang terbaca blog ni leh la nak jadi "nasi tambah' nanti... ok, aku nak tido dulu coz esok ada meeting lak.

G'nite n sweet dreams.

Wednesday, September 14, 2011

PENGACARA MAJLIS

Aku baru je habis tugas sebagai pengacara majlis ataupun lebih dikenali sebagai MC bagi majlis perjumpaan dan dialog persekutuan pekilang2 malaysia dan PDRM Perak. Apa yang nak aku sampaikan disini ialah berat juga tugas sebagai MC ni.

Walaupun sebelum ini aku pernah beberapa kali dilantik sebagai MC, tapi setiap situasi adalah berbeza. Aku akui, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai MC pasti ada perasaan takut dan gemuruh dalam dirinya. Dan aku juga tidak ketinggalan. Aku taklah minta sangat nak jadi MC, tapi apabila di pilih dan diberikan tanggungjawab, my prinsip is easy... buat yang terbaik setiap kerja yang dilakukan.

Dulu, time dilantik sebagai MC, aku akan survey dalam internet cara-cara mengacarakan majlis dan aku selalu perhatikan hos-hos rancangan TV bercakap. Itu semua aku lakukan untuk mengurangkan rasa resah dan gemuruh apabila berhadapan di khalayak ramai. Dan kebaikan yang perolehi ialah, keyakinan diri. Keyakinan diri bukan senang nak dapat, untuk bercakap depan orang ramai perlukan keyakinan diri yang tinggi walaupun sebagai MC. Daripada situ, dapat aku pelajari bahawa untuk menjadi MC yang baik, perlu lah mempunyai penampilan yang menarik, suara yang bagus dan bijak mengawal suasana. Kalau MC membosankan, tergagap-gagap...majlis pun akan jadi bosan. Yang paling malu jika MC silap adress nama dalam salutasi majlis... memang tak boleh dimaafkan. Malu ooo...

Esok, kena jadi penyambut tetamu bagi majlis raya lak... nasib baik la jadi penyambut tetamu je.. ok bye.

Tuesday, September 13, 2011

Bunuh Diri or Di Bunuh

Persoalan ni seringkali timbul apabila melibatkan siasatan kes orang jatuh bangunan sama ada dia di bunuh atau bunuh diri...

Pada 13/09/2011 jam l/kurang 1430, satu lagi kes yang aku siasat dimana penemuan satu mayat wanita cina di tepi sebuah bangunan 'shopping complex' di Ipoh... Siasatan bersama Dr Shafiee, Dr Patologi Ipoh setakat ini dapati kemungkinan si mati bunuh diri dengan terjun daripada tingkat paling atas bangunan 'shopping complex' tersebut. Ini adalah kerana berdasarkan kesan luka geseran pada tapak tangan, lengan dan belakang badan... siasatan pada tingkat atas juga menemui kesan pegangan tangan pada tebing pagar.

siasatan oleh pegawai penyiasat juga dapati si mati adalah pesakit mental yang baru sahaja keluar daripada wad hospital. Berdasarkan siasatan tempat kejadian dan luaran, dipercayai si mati bunuh diri... namun siasatan lengkap dapat diketahui selepas pos mortem dijalankan..

natijahnya, siasatan sebegini walaupun nampak senang tapi perlukan penelitian yang rapi dan aku sebagai pegawai penyiasat tempat kejadian memang dah diajar, siasatan dipercayai bunuh diri, fokus siasatan adalah menjurus kes bunuh, selepas selesai siasatan baru lah boleh simpulkan segala hasil siasatan tersebut.

Bunuh Bakar..

aku baru je balik siasat kes salah sebuah daerah di Negeri Perak ni... dari tengahari sampaila ke tengah malam... kes nya ialah tangkapan seorang pelajar IPTA di Negeri Perak, suspek terlibat dalam kes bunuh bakar di ibu negara tempoh hari.. Kes tersebut mendapat liputan meluas di media massa dan di dada akhbar pada 06.09.2011.

apa yang aku sedih suspek baru je berusia 19 tahun tapi berani melakukan pembunuhan tersebut. Aku percaya keluarganya akan mencari peguam yang terbaik untuk membela anaknya itu. Diharap tangkapan tersebut mendapat hukuman setimpal atas perbuatan terkutuk nya... dia sanggup membunuh dan membakar remaja wanita tersebut dan aku sempat bertanya kepadanya, apakah perasaan yang kamu rasa ketika membakar wanita tersebut... dia menjawab ' sebelum bakar, saya minta maaf pada mayat tersebut'... ya allah, apa lah nak jadi ngan remaja skang ni..lansung takde rasa takut dengan kesalahan besar yang dilakukan nya..

esok pasti di media massa akan sebarkan bahawa suspek berjaya ditangkap dan beberapa bahan bukti berjaya dirampas... dan aku boleh lah bercerita lebih sikit itupun berdasarkan apa yang diwar-war kan dalam media massa... skang ni takleh cakap lebih sangat coz 'sulit'... hehe

Friday, September 9, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011


Gambar terbaru ku bersama isteri dan anak yang tercinta... sebelah anak ku pula tu ialah gambar sepupu anak ku (adib)... umur sebaya... sama2 nakal.
Anak ku seronok sangat bila balik umah mama coz ada 3 lagi sepupu sedia menanti nak main bersama... yerla, kalau duk Balik Pulau bersama wife ku asyik kawan ngan org dewasa jer... perangai pun cepat matang mcm org dewasa...

ayat Thailand - Malaysia

Thu thu - Susu
Thu Thu Kam Kam - Susu suam-suam
lap lap apu - lampu lip lap
achehhh - terima kasih
thamerr - sama-sama
bukok chat - buka sat (bahasa utara)
mimi - mummy
papo - papa
no no no no - jangan-jangan
tak mo - tak mau
nak nok - nak
ceng - kencing
uk uk - berak
nak g kot - nak ikut
salam - w'salam
a e kom - a'kum
hitam - gelap
acham nyer - masam nya
alooo - hello
agu - lagu (bila nampak radio ngan hp)
intha alloh - insyall allah (lagu maher zain)

hehe... inilah ayat dan perkataan yang disebut oleh anakku Putri Nur Qhalesya... seronok dengar dan mengajuknya...

KEJE DAH...

hari ni dah hampir seminggu aku dah mulakan kerja balik, banyak kerja nak buat sampai tak ada masa nak update blog... start hari isnin sampai jumaat ada saje aktiviti perlu dibuat... daripada pencatit minit, pegawai bertugas, uruskan motor eksiden, urusan kat umah dan macam2...

kadang2 penat gak kalau jadi OBJ ni, yerla coz kat umah pun kena uruskan jugak... kat umah aku bela kucing 6 ekor, kucing tu je la yang jadi peneman kesunyian...

dan dalam seminggu ni jugakla aku start balik terima mms video anak aku daripada wife... rindulak kat anak bila hampir 10 hari bercuti ngan dia... macam2 telatah yang dia lakukan. Nak marah pun ada jugak tapi tak sampai hati coz lama tak jumpa, nak marah2 lak..

Alhamdulillah, bisnes homestay pun makin maju, bulan ni 16/9 dan 23/9 dah ada tempahan... boleh la tambah duit poket sket...maybe rezeki anak dalam kandungan isteri skang kot..

Wednesday, August 31, 2011

Raya ke 2

Hari ni 31/08/2011 adalah hari merdeka dan hari raya ke 2... di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari merdeka kepada semua...bersyukur kita kerana dapat hidup di bumi Malaysia yang aman damai ni. Jika kita lihat negara Libya skang, asyik berperang dan berbunuhan sesama sendiri.

Aku masih lagi batuk dan demam... Petang tadi round sungai petani nak cari klinik tapi semua klinik tutup.. Klinik cina dan india pun tutup sebab menyambut raya. Terpaksalah makan ubat batuk beli di farmasi tapi still tak elok2 gak..

Malam ini aku, wife n my putri tidur di rumah kami di Taman Merbau, Sg Petani. Rumah ni aku jadikan Homestay, dan penyewa homestay baru je keluar petang tadi... Bercerita pasal homestay ni panjang ceritanya, nanti aku ceritakan dalam posts yang lain... Nak tengok gambar homsetay boleh lawat blog yang wife aku buat iaitu putrihomestay.blogspot.com.

Skang ni aku sedang menaip di tepi anak aku yang tidur golek2 tepi aku..seronok bila jumpa anak ni... ye la, OBJ katakan.... biasa jumpa setakat 2-3 hari je, kali ni aku cuti seminggu so aku dapat lihat keseronokan anak aku wpun dia masih kecil... semua perkara dia minta aku buat seperti pakaikan pampers, bancuhkan susu dan suap dia makan... memang ada sedikit kebenaran yang anak perempuan ni rapat ngan papa dia..

Tuesday, August 30, 2011

PERMULAAN...

Ini adalah blog pertama yang ku create setelah berminat melihat blog wife ku danibaharim.blogspot.com... idea untuk buat blog ni dah ada lama tapi malam 1 syawal tahun 2011 ni baru tergerak hati nak buat... dalam blog ni ku akan bercerita tentang kisah hidup ku sebagai suami yang berjauhan daripada isteri atau digelar OBJ, kisah pengalaman ku sebagai pegawai forensik siasatan tempat kejadian, isu-isu terkini dan coretan kisah hidupku dari kecil... Blog ini lebih seperti diari kehidupanku.... salam perkenalan kepada sesiapa yang membaca...