Tuesday, September 13, 2011

Bunuh Bakar..

aku baru je balik siasat kes salah sebuah daerah di Negeri Perak ni... dari tengahari sampaila ke tengah malam... kes nya ialah tangkapan seorang pelajar IPTA di Negeri Perak, suspek terlibat dalam kes bunuh bakar di ibu negara tempoh hari.. Kes tersebut mendapat liputan meluas di media massa dan di dada akhbar pada 06.09.2011.

apa yang aku sedih suspek baru je berusia 19 tahun tapi berani melakukan pembunuhan tersebut. Aku percaya keluarganya akan mencari peguam yang terbaik untuk membela anaknya itu. Diharap tangkapan tersebut mendapat hukuman setimpal atas perbuatan terkutuk nya... dia sanggup membunuh dan membakar remaja wanita tersebut dan aku sempat bertanya kepadanya, apakah perasaan yang kamu rasa ketika membakar wanita tersebut... dia menjawab ' sebelum bakar, saya minta maaf pada mayat tersebut'... ya allah, apa lah nak jadi ngan remaja skang ni..lansung takde rasa takut dengan kesalahan besar yang dilakukan nya..

esok pasti di media massa akan sebarkan bahawa suspek berjaya ditangkap dan beberapa bahan bukti berjaya dirampas... dan aku boleh lah bercerita lebih sikit itupun berdasarkan apa yang diwar-war kan dalam media massa... skang ni takleh cakap lebih sangat coz 'sulit'... hehe

2 comments:

  1. ala...kalo da cnfirm membunuh 2, xpayah la kn nk bela2 lg..ckp pn sbb xde ank lg huhu xtau la pe prasaan parent die ble dapt anak pangai hantu..2 semua sbb nafsu mengawal diri...cbe kalo die ad otak, x g bunuh pmpuan 2, at least kurg la ckit punshment..baru sethn jaugung hidup da berani nk wat pngai cm setan...geram btol..

    ReplyDelete
  2. hehe... kan dah cakap, dah keluar berita pun kat tv3 tadi...siap beritahu pelajar sarjana muda tahun ke 2, jurusan ukur bahan di UiTM Seri Iskandar... cuma kena betulkan sikit je iaitu bukan sarjana muda tapi pelajar diploma sebenarnya.

    apa-apa pun bukan akademik yang nak dijelaskan, tapi sikap pelajar tersebut yang telah melakukan kesalahan yang paling besar dalam hidupnya... hukuman paling tinggi dalam sistem undang-undang iaitu hukuman gantung sampai mati. Yang aku heran ngan si mamat ni, tak ada sikit pun rasa sesal or takut yang dilihat pada riak wajahnya... hebatlah penjenayah skang ni...

    ReplyDelete